Spesis Bunga Raya
Friday, November 16, 2012
Wednesday, November 14, 2012
Latihan Pemahaman
Bunga Raya Bunga Kebangsaan
Selepas mencapai kemerdekaan,
Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk
dipilih sebagai bunga kebangsaan.
Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih
sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu bunga kenanga, bunga
raya, bunga melur, bunga teratai, bunga mawar, bunga cempaka dan bunga tanjung.
Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, bunga
raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah
Melayu oleh
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri ketika itu.
Pemilihan bunga raya sebagai Bunga
Kebangsaan begitu tepat kerana lima
kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan
bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan. Kepelbagaian bunga raya
dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan
kebudayaan yang hidup aman dan harmoni di Malaysia.
Selain hiasan, bunga
raya mempunyai fungsi lain. Di beberapa tempat, bunga raya dijadikan sebagai
pengilat kasut. Bunga ini juga mempunyai nilai kesihatan dan kecantikan. Ia
boleh menjadikan rambut seseorang berseri-seri dan sihat. Bagi
mereka yang menghidap demam panas, bunga raya mampu menghilangkan panas badan.
Bunga raya juga mengandungi antioksidan yang membantu mengawal tahap kolesterol
dalam badan.
Kesimpulannya, bunga
raya harus menjadi
bunga hiasan utama
di negara kita memandangkan
kedudukannya sebagai Bunga Kebangsaan
Negara .
Soalan pemahaman
- Berapakah
jenis bunga yang dicadangkan oleh Kementerian Pertanian untuk dipilih
sebagai Bunga Kebangsaan?
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………............
- Siapakah
Perdana Menteri yang telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga
Kebangsaan pada 28 Julai 1960.
.............................................................................................................................................................................................................................................................................................................
- Apakah
maksud lima kelopak yang ada pada bunga raya menyebabkan pemilihannya sebagai Bunga Kebangsaan begitu tepat?
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….......
- Mengapakah
bunga raya dikatakan mampu mengawal tahap kolestrol dalam badan?
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….......................
- Sebutkan
salah satu nama bunga yang dicadangkan menjadi Bunga Kebangsaan Malaysia selain bunga
raya?
...........................................................................................................................................
Monday, November 12, 2012
Kata Nama Am
-Kata nama am merujuk kepada manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, tempat, atau benda.
-terdiri daripada kata asal. contoh: bangku, guru, rumah, telefon, virus.
-terdiri daripada kata terbitan (terhasil melalui pengimbuhan). contoh: bulatan, jururawat, pemberita ,
-huruf pertama pada kata nama am mesti ditulis dengan huruf kecil.
-terdiri daripada kata asal. contoh: bangku, guru, rumah, telefon, virus.
-terdiri daripada kata terbitan (terhasil melalui pengimbuhan). contoh: bulatan, jururawat, pemberita ,
-huruf pertama pada kata nama am mesti ditulis dengan huruf kecil.
Kata Nama Khas
- Kata yang secara khasnya merujuk kepada manusia, haiwan, tempat atau benda.
- Contoh : Amir, Sang Bedal, Dewan Rakyat, Honda.
- Huruf pertama pada kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar.
Senaraikan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas yang terdapat dalam petikan Bunga Raya Bunga Kebangsaan
Kata Nama Am Kata Nama Khas
1) 1)
2) 2)
3) 3)
4) 4)
5) 5)
6) 6)
1) 1)
2) 2)
3) 3)
4) 4)
5) 5)
6) 6)
Subscribe to:
Posts (Atom)