Pages

Spesis Bunga Raya

Wednesday, November 14, 2012

Latihan Pemahaman



Bunga Raya Bunga Kebangsaan

Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.  Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu bunga kenanga, bunga raya, bunga melur, bunga teratai, bunga mawar, bunga cempaka dan bunga tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, bunga  raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu  oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri ketika itu.

 Pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan  begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan. Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup aman dan harmoni di Malaysia.

Selain hiasan, bunga raya mempunyai fungsi lain. Di beberapa tempat, bunga raya dijadikan sebagai pengilat kasut. Bunga ini juga mempunyai nilai kesihatan dan kecantikan. Ia boleh  menjadikan  rambut seseorang berseri-seri dan sihat. Bagi mereka yang menghidap demam panas, bunga raya mampu menghilangkan panas badan. Bunga raya juga mengandungi antioksidan yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan.

Kesimpulannya, bunga raya  harus  menjadi  bunga  hiasan  utama  di negara kita memandangkan  kedudukannya  sebagai  Bunga  Kebangsaan  Negara .

Soalan pemahaman

  1. Berapakah jenis bunga yang dicadangkan oleh Kementerian Pertanian untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan?
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………............
  1. Siapakah Perdana Menteri yang telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960.
.............................................................................................................................................................................................................................................................................................................
  1. Apakah maksud lima kelopak yang ada pada bunga raya menyebabkan pemilihannya  sebagai Bunga Kebangsaan begitu tepat?
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….......
  1. Mengapakah bunga raya dikatakan mampu mengawal tahap kolestrol dalam badan?
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….......................
  1. Sebutkan salah satu nama bunga yang dicadangkan menjadi  Bunga Kebangsaan Malaysia selain bunga raya?
          ...........................................................................................................................................
       
          ...........................................................................................................................................

2 comments:

  1. Tahniah, berjaya hasilkan blog yang menarik. Boleh tambah lagi bahan dalam blog.

    ReplyDelete